Persatuan Penyembelih Ternakan Halal Malaysia (PPM-024-14-05042013) telah ditubuhkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 05hb April 2013. Objektif utama penubuhan adalah bertujuan untuk penyatuan dan kebajikan setiap ahli yang terdiri dari penyembelih-penyembelih ternakan halal dengan mengumpulkan dan menyatukan mereka dari seluruh pelusuk negara dibawah satu payung. Ini dapat memudahkan dalam membentuk satu database dan memastikan sistem pelaksanaan, pemantauan dan audit yang lebih sistematik dan effisien. Isu-isu berkaitan penyembelihan ternakan halal telah banyak diperkatakan didalam negara mau pun dikalangan banyak negara luar, baik dari negara Islam mau pun yang bukan Islam. Sungguh pun sehingga kini telah banyak dilakukan malah juga telah banyak yang dicapai bagi menanggani isu ini, tindakan serius haruslah dilakukan dalam menyediakan dan meningkatkan lebih ramai penyembelih bertauliah, cekap dan sentiasa dalam keadaan siap siaga apabila mereka ini diperlukan. Menyembelih binatang dengan aturan yang telah ditetapkan oleh hukum syara‘ adalah satu jalan yang boleh menghalalkan daging binatang itu halal dimakan disamping memenuhi syarat-syarat yang lain.
Hal ini digambarkan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:Tafsirnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala; dan (diharamkan juga) kamu menengok nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasiq.”