FALSAFAH DAN KEPERCAYAAN ( Keraguan Dalam Status Halal Sembelihan)

Satu kajian berkenaan fasiliti dan proses penyembelihan ditempat-tempat penyembelihan  terutamanya ayam yang dibuat oleh penyelidik dari Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS) mendapati; 

1.Rekabentuk, susun atur dan kemudahan premis tidak mengikut spesifikasi 

2.Premis tiada Sijil Pengesahan Halal tetapi penyembelih bertauliah 

3.Penyembelihan bercampur dalam satu premis (halal dan haram) 

4.Sembelihan dilakukan oleh orang yang tidak ditauliahkan 

5.Sembelihan dilakukan oleh warga asing (diragui agamanya) 

6.Aktiviti penyembelihan tidak digilirkan 

7.Penyembelih bertauliah tidak menjalankan tugas/ali baba 

8.Kualiti (kesempurnaan) sembelihan tidak dikawal (tiada pemeriksa) 

9.Sembelihan belum sempat mati sebelum masuk air panas 

10.Sembelihan dibiarkan mati didalam bekas air 

11.Sembelihan mati dalam bekas/tong yang sempit dalam kuantiti yang banyak 

12.‘Top – up’ kapasiti dari luar (trading)

 13.Sembelihan mati disebabkan oleh kejutan elektrik (stunning) 

14.Tiada ‘post mortem’ bagi hasil sembelihan halal yang dilakukan


Senario Industri Ternakan 

Keperluan bekalan ayam dan daging di Lembah Klang dan Selangor, Malaysia  amnya adalah tinggi §Pelbagai teknik dan kaedah penyembelihan juga diamalkan §Aktiviti penyembelihan halal dilakukan dalam pelbagai situasi §Tempat penyembelihan ini juga adakalanya terlalu ringkas dan tidak menepati  spesifikasi tempat penyembelihan ditetapkan.

Comments
* The email will not be published on the website.